| Follow || Dashboard |
SweetPinkKnows
No time for updating new content - so sad
Saturday, February 11, 2012 | 9:27 PM | 0 Talking ☺
Okay, dah lama tak update. Busy sangat -,- . Btw akan cari masa untuk update. Thanks for visiting my blog and sorry for lack of content. Off-type now. Bye :))
Tips Penjagaan Kaki ☺
Thursday, January 12, 2012 | 11:49 PM | 0 Talking ☺
1. Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).
2. Guna cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.
3. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh. Jangan guna sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.
4. Keringkan kaki anda dengan menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan. Jangan gosok. Pastikan anda mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan di kaki.
5. Jika kaki anda kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.
6. Potong kuku kaki dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.
7. Jangan menggunakan alat-alat untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu, jika anda menghidap diabetes. Peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama 8 minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan.
8. Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.
9. Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.
10. Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
11. Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.
12. Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh. Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas 2 hari.

Labels:

Tanda-tanda Awal Jatuh Cinta ♥
| 6:07 AM | 0 Talking ☺

1) You ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu you asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum.. dia ingat kat you ke tak.
2) You jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, You jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia YOU automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..
3) Uiii.. You cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa.. Kekadang YOU rasa You kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari YOU.
4) YOU dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia YOU rasa macam dunia ni YOU yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata YOU tapi YOU pun hairan kenapa YOU mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..
5) Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, YOU simpan sampai penuh almari rumah YOU. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu YOU gigit balik…uiii..ganehnyer.. wakakakak….cam betul jerk! heh…. :?
6) Kadang kala YOU sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat YOU tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya YOU sendiri yang makan hati..tapi YOU tak sedar kenapa You buat macam tu.. kenapa You nak bagi dia jeles kat You?
7) YOU percaya padanya. YOU sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. YOU juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan You tapi You tetap sudi melayan karenahnya.
8) Bila family YOU sebut pasal jodoh, YOU cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak YOU dok terbayang-bayang YOU bersanding dengan dia..cis!!
9) Hmm…itu adalah secebis perasaan YOU kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa You treat dia bagus semacam jer? Alah mengaku sajalah yang You ni dah jatuh hati padanya..
AND, last but not least…
10) YOU tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri You sendiri. YOU tau kenapa? Sebab You punya ego tu tinggi sangat…apa susah sangat ker You nak declare yang You ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i’m sorry… perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri..

Labels:

Petua Kecantikan Bibir ♥
Wednesday, January 11, 2012 | 9:10 PM | 0 Talking ☺
1. Jika anda tidak gemarkan bersolek, anda perlu sentiasa kekalkan kesihatan dan kelembutan bibir anda. Selalulah melembabkan bibir dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin. Amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur juga mampu menanggalkan sel-sel mati.
2. Untuk memastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit penyamar noda (concealer) atau bedak asas (foundation) supaya mudah membentuk bibir. Gunakan penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar bibir anda.
3. Anda juga perlu menggunakan penggaris bibir bagi memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu. Jika dibandingkan dengan gincu, penggaris bibir mampu bertahan lebih lama. Ratakan keseluruhan bibir dengan penggaris sebelum dibalas dengan gincu.
4. Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup..
5. Gunakan berus bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama. Untuk mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir, atas dan bawah.
6. Sapukan madu lebah bibir sebelum tidur kerana ia bukan sahaja membuat bibir anda menjadi merah tetapi juga menyegarkan bibir untuk menjadi cantik dan seksi.
7.  Menurut orang tua-tua dahulu, setiap kali anda bercium dengan suami, bibir anda akan menjadi ‘sihat’ dan cantik. Ini kerana, saraf di bibir anda berada dalam keadaan tegang dan sihat. Oleh itu, cium-ciumlah selalu. 

Labels:

Success
| 12:44 AM | 0 Talking ☺
I'm done editing my blog ! made by myself, thats why tak berapa lawa. Do leave me your comments :)

♥Pieces Of Me


I am a naughty teens. Love to be a weird one BUT still maintaining my humbleness :D Love to be friend with everybody. Love to FCK haters :DD Btw do leave your footprints. TQSM♥.


♥TaggyBoard



♥Seventeen


♥Credits

Skin By //SuhailaRoslan

Heart Chat Bubble